Kelas MS Words (membuat minit mesyuarat) & Advokasi KDB

23 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac 2024, NaDi Machan telah mengadakan kelas MS Words iaitu membuat minit mesyuarat. Kelas ini diadakan pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di bilik Latihan NaDi Machan. Kelas ini telah dihadiri oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada Tuai-tuai Rumah dan setiausaha JKKK.

Pada kelas kali ini, peserta diajar membuat minit mesyuarat menggunakan MS Words yang telah diajar. Kelas ini merupakan kesinambungan kelas-kelas yang lepas. Pada kali ini juga, peserta dilatih dan diajar membuat minit mesyuarat menggunakan format yang betul dan penulisan secara rasmi. Peserta dilatih supaya mengaplikasikan kelas MS Words yang telah diajar beberapa minggu yang lepas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali